klik!2

Sabtu, 4 April 2009

MANUSIA AKAN LUPA KETIDAKADILAN BILA KELEBIHAN BERPIHAK KEPADANAYA

salam blogging warga dunia maya..tajuk kali ni agak belit.aku sendiri pun tidak pasti sama ada tajuk kali ni "delivered" atau tidak.MANUSIA AKAN LUPA KETIDAKADILAN BILA KELEBIHAN BERPIHAK KEPADANAYA.

sama ada ini adalah tabiat orang melayu atau semua aku sendiri tidak pasti.yang pasti, keadaan seperti ini banyak dimanipulasi oleh pihak2 yang bijak menghidu peluang menutup kesilapan. harus diingat, ini adalah pengalaman hidup dan pandangan berdsasarkan pengalaman yang aku lalui.

Situasi adalah mudah. Aku cukup membenci seorang pensyarah yang pada dasarnya agak serabut dan kurang cekap dalam mengajar. Bukan aku seorang yang terperangkap dalam situasi ini, bahkan rakan-rakan seangkatan juga turut merasakan demikian. Kebimbangan adalah berasas kerana masing-masing takut fail subjek tersebut. Namun, keadaan berubah sekelip mata. Si guru yang selama ini dikutuk dari belakang menjadi pujian ramai dan menjadai pensyarah pilihan. Atau dengan erti kata lain, menduduki ranking teratas dalam senarai pensyarah terbaik pilihan pelajar.

Situasi bertukar dengan sekelip mata kerana ketika menduduki ujian, kami dibenarkan membuka buku. Atau namanya “open book test”. Maka tiada lagi suara sumbang kedengaran. Pujian berbunyi “kah3, sempoi lah lecturer tu” sentiasa didengari. Aku sudah tentu orang yang paling bahagia ketika mendengar malam tu “open book test”. Bersorak keriangan. Kerana tidak stadi langsung dek sibuk dengan subjek lain yang lebih berat.

Namun apabila pulang dan melakukan hobi sejak azali iaitu berfikir, aku dapati bahawa MANUSIA AKAN LUPA KETIDAKADILAN BILA KELEBIHAN BERPIHAK KEPADANAYA.

Situasi lain antaranya, kita amat membenci pemimpin yang zalim, tetapi apabila kita mendapat faedah daripada pemimpin tersebut, kita akan melupakan kezaliman lampau walaupun dia tetap berpotensi mengulangi kesilapan silam.

Dalam persaingan tidak kira sukan, politik, perniagaan, pelajaran, kita mudah benar melenting andai ada kelibihan berpihak kepada orang lain sekiranya kelebihan itu satu ketidak adilan. Namun kita akan senyap dan mahu terus berada di zon yang selesa andai kata kelebihan itu milik kita.

Berbalik kepada situasi “open book test”. Kesan buruk sememangnya tidak ingin dan tidak ternampak oleh mata kasar aku. Tetapi ia sangat besar dan merosakkan. Kesannya aku akan tetap bodoh subjek tu. Lecturer tu pula akan tetap mengajar seperti itu. Gaji yang beliau terima tidak berkat, kerana tanggungjawabnya tidak terlunas.

Namun, apa yang utama ingin aku utarakan adalah barah penyakit ini jika disamakan dengan situsi yang lebih besar, akan membentuk manusia yang rasuah. Kerana baginya, dia untung, pegi mampos laa dgn org lain…yang penting aku dapat aku mahu.

Tiada ulasan:

Survey!