klik!2

Khamis, 23 April 2009

Perihal Megi Kat Asrama

Cintan, Vits, Pama, Mi Udang, dan macam-macam jenis lagi mi segera. Dari Perlis hinggalah ke Sabah, biasanya dikenali sebagai Maggy atau megi. Begitulah kukuhnya populariti produk yahudi yang gah mempelopori dunia makanan segera. Sehinggakan kita menggelar produk2 lain sebagai megi cintan, megi pama dan megi sedap.

Harus diingat, megi sememangnya menjadi makanan ruji student-student Malaysia. Permintaan megi di seluruh negara akan sentiasa meningkat dengan mendadak bila akhir semester. Alasannya adalah untuk menjimatkan masa ketika final exam. Tidak perlu berjalan kaki ke kafe, tidak perlu itu dan ini. Hakikatnya adalah megi lebih membazir masa. Perlu cuci mangkuk, cuci sudu, masak air, tunggu megi kembang,adess....agak2 dalam 10 ke 15 minit jugak kott..

Hmm..tapi aku pun student jugak, aku fikir sebab yang paling kuat adalah kekurangan wang. Yaaaaa..tepattt sekali!! Awal sem tak kenal nasik, burger lak tak main pasar malam, ayam takat goreng kunyit kirim salam ler, roti tak sah kalu bukan keluaran pizza hut, donat 3 singgit lagi laaa tak main.. Inilah realiti kami..Pelajar IPT kat mlesia..iskkk...

Tapi perihal yang aku nak utarakan sebenarnya tentang dongeng megi. Kata adik aku, cikgu dia pesan, megi ni akan bagi efek 40 hari dari hari kita makan. So, kalau nak exam esok boleh la makan megi. Cause megi tu efek 40 hari lagi..


(gambar sebelah) Presiden D18(kanan) bersama rakan sebilik beliau ketika menjalani kursus pada tahun 2007.

Kata Salam (presiden parti D18 merangkap mangsa buli D18) pulak, mengikut teori beliau, makan megi akan bagi efek 3 hari berturut-turut..Hmmmmmm...pulak dahhh..So kalau esok nak exam jauhilah megi.


Lastly aku jumpa teori Ayie lak..katanya kalo makan megi, efek die tahun depan..iskkk..lame jugak ekkk natang megi ni dok lam perot kite..adehhh...

So, kalau digabubgkan 3 teori di atas, berusahalah jauhi megi, JAUHI MEGI..HIDUP SIHAT,TIADA GOUT......kerana gabungan teori di atas menghasilkan kesan2 sepanjang setahun lamanya!!!wahhh!!takottt!

adeh, tringat lakk megi kari masak kurang air campur telur 2 bijik masak kat umah..wahhhhhh..nak megiiiii!!!!!!!

Tiada ulasan:

Survey!