klik!2

Selasa, 14 April 2009

Letakkan Sedikit Tekanan

Akhirnya berjaya menyiapkan slide dan report Engineering Economy. Presentation yang ringkas dan padat yang mendapat pujian dari pensyarah..yeahhh..hehe..terima kasehh kat ahli2 teristimewa buat paku yang banyak berkorban untuk group ni. bear2 dan cto!yeahhh..we are rock!!

Presentation seawal jam 930 pagi. apa yang terjadi sebenanrnya, kerja menyiapkan report dan slide bermula jam1030 mlm sebelumnya.kelam kabut.memerah otak.tetapi siap.cuma terasa terhimpit duduk di bawah tekanan.

Apa yang aku dapat rumuskan setelah 2 tahun menjadi pelajar Universiti, tekanan yang terhasil akan membuatkan kita lebih berdaya untuk melakukan sesuatu misi.

Kita sering mendengar seseorang ketinggalan bas. Malah mungkin kita sendiri. Tetapi kita jarang sekali mendengar seseorang ketinggalan kapal terbang. Mungkin kerana harga tiket yang mahal menyebabkan para penumpang pesawat berada di airport sejam lebih awal. Dalam situasi ini, kita dapat melihat seseorang itu tanpa disedari mempunyai sedikit tekanan berbanding yang menaiki bas dimana tiket dijual selang sejam atau setengah jam.

Seorang yang dikejar anjing mampu berlari lebih laju dari kemampuan sebenar. Tetapi andai dikejar harimau kemungkinan kelajuan akan bertambah. Tekanan antara hidup dan mati ini yang merangsang seseorang mengeluarkan kebolehan sebenar diri.

Paip air yang mengandungi air tanpa dikenakan tekanan tinggi sama ada graviti atau pam, tidak akan dapat mengalirkan air dengan sempurna. Begitu juga dengan manusia. Mereka perlukan tekanan. Untuk lebih maju.

Tanpa tekanan, kesemua manusia akan terus berada dalam zon selesa. Zon selesa sangat bahaya. Terbuai dalam zon selesa akan membawa kepada penyesalan kelak. Jadi,untuk menjadikan diri lebih bermotivasi,kita perlu meletakkan sedikit tekanan kepada diri sendiri.

Antara tekanan positif ialah, aku perlu dapat A untuk subjek ni. Aku perlu menyiapkan projek atau assignment ni 3 hari lebih awal. Aku perlu menurunkan berat badan sebelum awek aku tegur aku. Aku perlu mengikuti segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya andai tidak mahu dibakar di neraka Jahannam.

Untuk para rakan2 yang mahu berubah sempena study week ni,akuy nasihatkan x payahla letakkan tekanan..Dah lambat.kang tension sampai terGout lakkk...Sem depan kay...hihiii..

3 ulasan:

Saimal berkata...

haishh..ni jeles ni bile nengok kekwn aku da mkin rjin stadi..kene stadi gak niyh.. +kan tekanan.. yeahh!!

amer @ ijjad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
amer @ ijjad berkata...

yeahhh...semangat camni aa kte nakk..
cemburu biat betempat..
go saie go!!

Survey!