klik!2

Ahad, 5 April 2009

10sen dan Cerita Abah

salam kesibukan buat warga universiti.minggu ke 14.saat getir yang harus dinikmati bersama.tekanan menjadi makanan.student life.memang seronok.i eat,further stress.i sleep,further stress.i singing,further stress.i play football,further stress.i talk to family and sweetheart,further stress.no others anti depression.unless we eat the stress every morning.trying to be friend and make it insert into blood vessel smoothly.daripada membiarkan stress membuatkan tekanan darah kita semakin naik.

memang agak sibuk,seperti tertera tugasan di blog azmin aida @ mint.itulah tugasan sepanjang minggu ini.

namun ingin juga aku kongsi pengalaman mengenai 10 sen.ya.syiling 10 sen.kerana sikap rakan2ku yang agak tidak hairan dengan 10 sen.kerana mereka tidak pernah tahu nilai 10 sen.kerana mereka tiada abah yang mengajarkan erti 10 sen.dan mereka tiada pengalaman sepertiku yang mengajar erti 10 sen.

cerita abah, dia susah satu ketika dahulu.tolong arwah tok ayah(panggilan untuk arwah datuk aku) menoreh getah.apabila penuh setiap mangkuk getah buku,dia akan kutip setiap satu tanpa meninggalkan sedikit pun.abah mengutip getah buku menggunakan baldi.ketika kecil,sudah jenuh menolong tok ayah.cerita beliau,pernah beberapa kali getah buku tergolek jatuh dari baldi.dia akan kutip.walaupun pada ketika itu,secawan getah buku berharga kurang dai 10 sen.

kerana itulah abah cukup tidak berkenan andainya anak2 beliau membiarkan duit 10sen tanpa dikutip di lantai bilik atau mana-mana tempat di rumah.

untuk pengetahuan semua getah buku dalam semangkuk getah lebih kurang 200g-400g.pada ketika ini,harga getah adalah dari 50 sen hingga 80sen 1 kg.untuk mendapatkan getah seberat 1kg dalam semangkuk getah, para penoreh memerlukan 7 hingga 10 hari menoreh.10 hari menoreh adalah mustahil kadangkala.kerana jika hujan pada sebelah malam dan pagi,pokok getah tidak dapat ditoreh.jika ditoreh,getah yang terhasil akan basah dan cair.ada juga ketikanaya hujan turun ketika para penoreh baru habis memerah keringat menoreh 500 hingga 1000 batang pokok.tidak ada yang mampu dilakukan selain menyerah nasib kepada yang maha esa.kerana rezeki di tanganNya.penat lelah mereka tiada hasil walau setitis getah pun.selain itu,musim kemarau berpanjagna juga menghalang penoreh untuk menoreh.kerana pada ketika itu pokok kekurangan getah.

terserempak ular,babi,harimau akar,gajah liar adalah sesuatu perkara biasa satu ketika dahulu.penoreh getah ibarat menyabung nyawa.turun menoreh seawal 6 pagi setelah berjemaah subuh di masjid.arwah tok ayah kebanggaanku.dia berjaya melahirkan seorang juruukur,seorang jurutera,2 orang guru,seorang graduat IT,seorang pegawai bank dan seorang lagi anaknya berkorban berhenti sekolah demi adik adiknya meneruskan pelajaran.itu adalah berkat setiap mangkuk getah yang bernilai kurang 10sen.

untuk pengalaman aku,agak berbeza.berkecimpung dalam bidang getah bermula selepas SPM.ketika itu,harga getah dunia melambung tinggi.RM5 untuk setiap kilogram.sekali kutip,dalam 500kg,aku akan dapat rm2500..hehe..tapi tidak semudah itu,kerana aku hanya bertugas mencuka getah dan mengutip.kerja menoreh hanya pak cik aku yang buat.
sekali kuitp aku dibayar rm15 dan mencuka rm10.buat yang tidak tahu,asid formik atau cuka getah digunakan untuk membekukan getah supaya tidak rosak dek hujan.asid formik juga kerap kali disimbah ke muka suami yang gatal nak kawen dua.

meresap jauh ke dalam kebun getah kadangkala membuatkan aku takut.bunyi cengkerik dan kadangkala seperti sesuatu merayap.diselang seli dengan bunyi bunyi yang menyeramkan.pernah aku tergelincir.tersepak tunggul dan macam2 lagi.tetapi tidak seperti abah,aku menggunakan kereta sorong atau wheel barrow.namun,bentuk muka bumi kebun yang beralun dan berbukit amat menyulitkan keadaan.pada satu ketika,pernah kereta sorong itu terbalik dan menumpahkan semua getah buku.dan aku kutip tanpa satu pun tinggal.kerana pada era aku,sebuku getah bernilai rm2.5 aku anggarkan.hehe..pak cik kayooo...

namun apa yang berlaku di rumah bujang aku ketika ini...


ni kat sudut jamban.dalam sebulan lebih kot.kotor sikit jamban,bese aa,umah bujang..asal bleh mandi sude..kah3..


ni kat bawah meja membe aku..dah berbulan kot..siap berhabuk..


10 sen ni ntah sejak bile ade kat tepi dinding ruang tamu umah sbelah



10sen ni aku rase dah lame kat longkang blakang umah




aku bukan mls nak kutip,sebenanye aku dah lepas beli nasi ayam pon kalu kire sejak awal aku duduk kat rumah bujang ni..so 4 gambar kat ats ni,aku nak biar je,nak tgk smpai bile 10 sen ni akan ada..

akhir kata,tahniah tok ayah dan abah..kerana melahirkan anak yang amat menghargai nilai 10 sen..(walaupun ayat ni poyo n memuji diri sendiri,tapi aku tetap bahagia,kah3)

4 ulasan:

-MiNt- berkata...

10 sen tu..boleh isi air 500ml!!
bernilai ok.

amer @ ijjad berkata...

yaeahhhh...
btoll..
bleh bli hacks 2 bijik..
cekodok masin 1..
keropok nipis 1..
jom kutip 10sen ramai2 jom..
wuuuuha!!

miss berkata...

haha izzat. Finally, I've found your blog. Bleh, miss link kt blog miss?


sedihnya tengok duit2 10 sen tu..

heh miss kecik2 dulu jumpe 10 sen dah melompat2 cam jumpe duit 10 ringgit.

amer @ ijjad berkata...

yeahhh...
bolehla misss...
nape x leh lak..
ni satu penghormatan besar ni.
banggenyeee..
thanx miss..hihiii..

alaa misss,xpayah sedih2..
sminggu skali saye kutip laaa..
boleh buat beli nasik ayam..
hahahahaaa..
burppp!kenyang..

Survey!