klik!2

Selasa, 28 April 2009

HARAMKAN MAJALAH MANGGA

Panas hati. Bengang. Kecewa. Bagai agama aku disepak diterajang oleh editor majalah Mangga. Sialan kamu!!!

Ya! Mangga!! Gua berani mati!! Gambar gua besar kat atas ni!! Tak puas hati cari la!! Asalkan betol apa yang gua perjuangkan.

Semalam aku terbelek majalah sampah ni milik rakanku. Bingkisan aktiviti artis hanyalah 30% aku anggarkan. Selebihnya gambar artis wanita menunjukkan bahagian peha yang aku anggar cuma 2 3 inci dari tempat paling berharga milik mereka. Senang cerita, burit. Bahagian dada pula seboleh-bolehnya ingin dipamerkan lurah buah dada.

Common laaa..bodohnya artis tempatan..tak kira la kau tu kristian, buddha atau islam..kau memang bangang. Yang islam pula hanya islam pada nama. Bangangnya bagai tak diajar. Seperti tidak pernah tahu apa itu dosa.

Dosa itu dikira walau sebesar zarah. Zarah itu amat kecil. Benda paling kecil di dunia ni adalah elektron. senang cerita, andai engkau membuang sampah di merata tempat, itu adalah dosa!! Kerana kamu telah mencemarkan alam sekitar. Dan bergantung kepada kapasiti sampah yang kau buang, kira ikut saiz zarah. Jika setitis air itu mengandungi jutaan zarah, berapa pula zarah yang ada pada botol-botol air yang kau buang. (tidak terdapat dalam mana-mana kitab, ini hanyalah pemikiran aku untuk menerangkan tentang dosa pahala, tegur andai aku salah)

Kebaikan juga dikira sebesar zarah, andai kita menyapu di rumah, kira lah habuk-habuk yang telah kita sapu. Setiap habuk mengandungi jutaan zarah. Itulah pahala amalan yang akan kita tuai di akhirat kelak. Kesimpulannya, sekecil-kecil amalan dikira pahala, sekecil-kecil dosa neraka lah destinasimu.

Andai ada anak yang soleh, dia akan menyenangkan kamu bila matimu. Kerana dia mendoakanmu. Andai seorang buruh membuat jalan dan jambatan, setiap kereta yang lalu akan membuahkan pahala kepada buruh itu. Walaupun sudah mati buruh tadi, jika jalan itu bertahan beratus tahun, akan ada pahala amalan sampai. Juga derma kita untuk bina masjid. Walau cuma seringgit, cuma sebatang paku, pahala amalan akan sampai walau kita sudah mati andai masjid itu digunakan oleh manusia lain. Mudah kan Islam??agama yang memberi galakan kepada umatnya berbuat kebaikan. diberi ganjaran yang berganda2.

Tetapi, andai mati artis yang menunjuk burit tadi, terdapat lagi manusia yang menatap majalah tadi, yakinkah kamu dosa itu tidak ditanggung si artis?????? bukan dia saja, sesiapa sahaja yang terlibat. dari photographer, editor, pihak penugrusan majalah, sehinggalah makcik2 penjual. Nauzubillah..

Andai membuka aurat dibenci Allah, inikan pula menunjuk bahagian kemaluan di khalayak. Aku tak kisah dengan dosa mereka, kerana kubur lain-lain, tetapi aku bimbang dengan dosa yang terpaksa ditanggung pembeli. Setiap mata yang menatap pula membuahkan sebutir dosa buat mereka yang mendedahkan aurat, nak kata "lantak kau lah" salah. Nak ambil berat lebih2, macam2 alasan yang diberi. Yang popular antaranya, selagi tak nampak areola dan burit, itu bukan seksi. Seksi itu subjektif, tidak semestinya saya seksi jika saya mendedahkan lurah. dan berbagai lagi penipuan diri sendiri yang memang kompem2 akan membawa neraka akhirat kelak.

Ini Malaysia la wei!! Malaysia = Islam..Islam = Malaysia..Aku = Malaysia..Islam = Aku..Andai Malaysia diancam aku angkat senjata. Andai Islam diancam, aku sanggup bunuh kamu!!!!! Andai kata aku terjumpa majalah seumpama ini di US, Britain, atau Australia, dah tentu-tentu la aku buat diam.

Bukan bermaksud tiada majalah lain yang patut aku tegur. Tetapi Mangga adalah wajah Malaysia. Hatta Imam setiap masjid pun tahu apa itu majalah Mangga. Juga kebetulan semalam aku terbuka majalah Mangga. Teguran aku untuk semua. Semua majalah. Tetapi Mangga adalah antara yang melampau.

Banyak majalah lain terang-terangan menjaja perniagaan seksual, tetapi itu adalah mereka. Walaupun berdosa, tetapi majalah itu akan dicari oleh mereka yang nipis imannya. Berlainan dengan Mangga, sebagai wadah artis tempatan, pakcik2 yang tunggu bas kat pudu pun beli, anak2 sekolah yang kurang matang, makcik2 yang up to date nak tahu kisah Mawi, peminat kumpulan nasyid yang nak tahu perkembangan kumpulan raihan hijaz dsb. Ini mencerminkan kebodohan!! Kebodohan artis tempatan.

Akhir zaman, manusia tidak lagi segan menayangkan kemungkaran di khalayak. Tahniah Artis tempatan, Kamu Berjaya Mencepatkan Kiamat!!! (kiamat hanya Allah yang tahu, ini hanyalah ayat pedas)

Aku student. Apa aku boleh buat untuk mengutarakan pandangan ini. Kerana photographer dan editor majalah mangga tak mungkin baca entry ini. WAIT N SEE APE AKU AKAN BUAT!!

Ikut hati, ingin sahaja aku doa agar tuhan melaknat mereka. tetapi itu pemikiran tak matang.. Semoga Allah buka pintu hati kamu semua!!amin..

Isnin, 27 April 2009

GOODBYE SEM 4..GOOD LUCK SHORT SEM

IJAZAH TERAGUNG DATANGNYA DARI TOYOL KECIL YANG BERKELIARAN DI MEJA PEPERIKSAAN TANPA SEDIKITPUN BERJAYA DIHIDU, TERLIHAT DAN DIKESAN OLEH PENGAWAS PEPERIKSAAN...

CEMBOY SAID, "NO COMMENT"

FINAL DAH HABISSSS....WEEEEEEEEEE!!!!!!!!!
REINFORCEMENT CONCRETE DESIGN...HMMMMM..SUCH A VERY INTERESTING SUBJECT!! C U IN THIS COMING SHORT SEM..

Khamis, 23 April 2009

Perihal Megi Kat Asrama

Cintan, Vits, Pama, Mi Udang, dan macam-macam jenis lagi mi segera. Dari Perlis hinggalah ke Sabah, biasanya dikenali sebagai Maggy atau megi. Begitulah kukuhnya populariti produk yahudi yang gah mempelopori dunia makanan segera. Sehinggakan kita menggelar produk2 lain sebagai megi cintan, megi pama dan megi sedap.

Harus diingat, megi sememangnya menjadi makanan ruji student-student Malaysia. Permintaan megi di seluruh negara akan sentiasa meningkat dengan mendadak bila akhir semester. Alasannya adalah untuk menjimatkan masa ketika final exam. Tidak perlu berjalan kaki ke kafe, tidak perlu itu dan ini. Hakikatnya adalah megi lebih membazir masa. Perlu cuci mangkuk, cuci sudu, masak air, tunggu megi kembang,adess....agak2 dalam 10 ke 15 minit jugak kott..

Hmm..tapi aku pun student jugak, aku fikir sebab yang paling kuat adalah kekurangan wang. Yaaaaa..tepattt sekali!! Awal sem tak kenal nasik, burger lak tak main pasar malam, ayam takat goreng kunyit kirim salam ler, roti tak sah kalu bukan keluaran pizza hut, donat 3 singgit lagi laaa tak main.. Inilah realiti kami..Pelajar IPT kat mlesia..iskkk...

Tapi perihal yang aku nak utarakan sebenarnya tentang dongeng megi. Kata adik aku, cikgu dia pesan, megi ni akan bagi efek 40 hari dari hari kita makan. So, kalau nak exam esok boleh la makan megi. Cause megi tu efek 40 hari lagi..


(gambar sebelah) Presiden D18(kanan) bersama rakan sebilik beliau ketika menjalani kursus pada tahun 2007.

Kata Salam (presiden parti D18 merangkap mangsa buli D18) pulak, mengikut teori beliau, makan megi akan bagi efek 3 hari berturut-turut..Hmmmmmm...pulak dahhh..So kalau esok nak exam jauhilah megi.


Lastly aku jumpa teori Ayie lak..katanya kalo makan megi, efek die tahun depan..iskkk..lame jugak ekkk natang megi ni dok lam perot kite..adehhh...

So, kalau digabubgkan 3 teori di atas, berusahalah jauhi megi, JAUHI MEGI..HIDUP SIHAT,TIADA GOUT......kerana gabungan teori di atas menghasilkan kesan2 sepanjang setahun lamanya!!!wahhh!!takottt!

adeh, tringat lakk megi kari masak kurang air campur telur 2 bijik masak kat umah..wahhhhhh..nak megiiiii!!!!!!!

Sabtu, 18 April 2009

WANNABE POSITIVE!!

3 hari tanpa air. Dalam kepala aku blame mereka yang sebabkan ini terjadi. Mulut asik mencela dan merungut. Hati tak tenang dan memberontak. Nyata sekali menjejaskan cita2 aku ingin mempositifkan minda 100%. Hilang pertimbangan dan menguji kesabaran.

Kebetulan pula 3 hari panas terik tanpa hujan. Membuat biji mata terasa panassss..
Jika sebelum ini aku memujuk hati mengatakan ini adalah ujian tuhan. Tapi tidak untuk kali ni. Hanya 2 hari menjelang final exam. Mana mungkin tenang minda memfokus.

Ketika di kolej Matrikulasi, 2 minggu tanpa air dengan fikiran yang kurang matang. Mulut bagai senapang yang mencarut tak tentu pasal menyalahkan pihak ini dan itu. Tetapi sesudah air mula keluar dari paip, tidak ada pun sujud syukur terlaksana,tiada terima kasih untuk yang bertungkus lumus, kesyukuran hanya dizahirkan dengan mandi sepuas puasnya tanpa terlintas sedikit pun untuk berjimat cermat. Setitik penyesalan lahir kerana bertindak diluar kawalan sebelumnya.

Pada ketika ini, bagi sesiapa yang dari mulutnya tidak lagi mengeluarkan sebarang rungutan, hatinya sentiasa ingat ini adalah ujian Allah, mindanya dikawal agar tidak memikirkan keburukan, dialah orang yang paling bahagia apabila air mula mengalir dari paip. Berbahagialah anda dengan kepuasan maksimum dari berkat kesabaran.

Aku tidak sehebat dan sekebal itu. Tapi itu adalah cita2 aku. WANNABE POSITIVE!!

Selasa, 14 April 2009

Letakkan Sedikit Tekanan

Akhirnya berjaya menyiapkan slide dan report Engineering Economy. Presentation yang ringkas dan padat yang mendapat pujian dari pensyarah..yeahhh..hehe..terima kasehh kat ahli2 teristimewa buat paku yang banyak berkorban untuk group ni. bear2 dan cto!yeahhh..we are rock!!

Presentation seawal jam 930 pagi. apa yang terjadi sebenanrnya, kerja menyiapkan report dan slide bermula jam1030 mlm sebelumnya.kelam kabut.memerah otak.tetapi siap.cuma terasa terhimpit duduk di bawah tekanan.

Apa yang aku dapat rumuskan setelah 2 tahun menjadi pelajar Universiti, tekanan yang terhasil akan membuatkan kita lebih berdaya untuk melakukan sesuatu misi.

Kita sering mendengar seseorang ketinggalan bas. Malah mungkin kita sendiri. Tetapi kita jarang sekali mendengar seseorang ketinggalan kapal terbang. Mungkin kerana harga tiket yang mahal menyebabkan para penumpang pesawat berada di airport sejam lebih awal. Dalam situasi ini, kita dapat melihat seseorang itu tanpa disedari mempunyai sedikit tekanan berbanding yang menaiki bas dimana tiket dijual selang sejam atau setengah jam.

Seorang yang dikejar anjing mampu berlari lebih laju dari kemampuan sebenar. Tetapi andai dikejar harimau kemungkinan kelajuan akan bertambah. Tekanan antara hidup dan mati ini yang merangsang seseorang mengeluarkan kebolehan sebenar diri.

Paip air yang mengandungi air tanpa dikenakan tekanan tinggi sama ada graviti atau pam, tidak akan dapat mengalirkan air dengan sempurna. Begitu juga dengan manusia. Mereka perlukan tekanan. Untuk lebih maju.

Tanpa tekanan, kesemua manusia akan terus berada dalam zon selesa. Zon selesa sangat bahaya. Terbuai dalam zon selesa akan membawa kepada penyesalan kelak. Jadi,untuk menjadikan diri lebih bermotivasi,kita perlu meletakkan sedikit tekanan kepada diri sendiri.

Antara tekanan positif ialah, aku perlu dapat A untuk subjek ni. Aku perlu menyiapkan projek atau assignment ni 3 hari lebih awal. Aku perlu menurunkan berat badan sebelum awek aku tegur aku. Aku perlu mengikuti segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya andai tidak mahu dibakar di neraka Jahannam.

Untuk para rakan2 yang mahu berubah sempena study week ni,akuy nasihatkan x payahla letakkan tekanan..Dah lambat.kang tension sampai terGout lakkk...Sem depan kay...hihiii..

Rabu, 8 April 2009

Tidur

salam sejahtera dan berkat Allah ke atas semua.semoga dirahmati dan sentiasa dalam redhaNya.kali ni ingin aku ulaskan tentang tidur.kerana aku semakin kemaruk.menjelang final,otak makin berserabut.maka,tidur adalah anti depressant paling mujarab.

tidur merupakan salah satu fitrah manusia.manusia memerlukan tidur.malah,tidur juga dikira ibadah.bilamana dikatakan fitrah,maka secara automatiknya tidur itu menjadi keperluan kepada manusia yang apabila kita tidak dapat melakukannya akan menjejaskan rohani dan jasmani.antara fitrah lain manusia adalah bertuhan,makan,syahwat,ibadah spt solat.jadi,andainya kita tidak dapat memenuhi fitrah tersebut,maka akan pincanglah kehidupan ini.

namun,ingin aku utarakan kata2 bekas sifuku. "kau tidurla banyak mana pun.nanti kau bangun,stay 4 5 jam mesti akan mengantuk balik.daripada tidur berlebih lebih,baik kau buat sesuatu yang berfaedah.kerana suatu hari nanti,kita akan tidur buat selamanya.sehingga lah dibangkitkan kelak.tiada siapa akan kejut kau waktu tu"

thanx sifu..tapi skarang kelas TOS batal..nak tido jap..

Ahad, 5 April 2009

10sen dan Cerita Abah

salam kesibukan buat warga universiti.minggu ke 14.saat getir yang harus dinikmati bersama.tekanan menjadi makanan.student life.memang seronok.i eat,further stress.i sleep,further stress.i singing,further stress.i play football,further stress.i talk to family and sweetheart,further stress.no others anti depression.unless we eat the stress every morning.trying to be friend and make it insert into blood vessel smoothly.daripada membiarkan stress membuatkan tekanan darah kita semakin naik.

memang agak sibuk,seperti tertera tugasan di blog azmin aida @ mint.itulah tugasan sepanjang minggu ini.

namun ingin juga aku kongsi pengalaman mengenai 10 sen.ya.syiling 10 sen.kerana sikap rakan2ku yang agak tidak hairan dengan 10 sen.kerana mereka tidak pernah tahu nilai 10 sen.kerana mereka tiada abah yang mengajarkan erti 10 sen.dan mereka tiada pengalaman sepertiku yang mengajar erti 10 sen.

cerita abah, dia susah satu ketika dahulu.tolong arwah tok ayah(panggilan untuk arwah datuk aku) menoreh getah.apabila penuh setiap mangkuk getah buku,dia akan kutip setiap satu tanpa meninggalkan sedikit pun.abah mengutip getah buku menggunakan baldi.ketika kecil,sudah jenuh menolong tok ayah.cerita beliau,pernah beberapa kali getah buku tergolek jatuh dari baldi.dia akan kutip.walaupun pada ketika itu,secawan getah buku berharga kurang dai 10 sen.

kerana itulah abah cukup tidak berkenan andainya anak2 beliau membiarkan duit 10sen tanpa dikutip di lantai bilik atau mana-mana tempat di rumah.

untuk pengetahuan semua getah buku dalam semangkuk getah lebih kurang 200g-400g.pada ketika ini,harga getah adalah dari 50 sen hingga 80sen 1 kg.untuk mendapatkan getah seberat 1kg dalam semangkuk getah, para penoreh memerlukan 7 hingga 10 hari menoreh.10 hari menoreh adalah mustahil kadangkala.kerana jika hujan pada sebelah malam dan pagi,pokok getah tidak dapat ditoreh.jika ditoreh,getah yang terhasil akan basah dan cair.ada juga ketikanaya hujan turun ketika para penoreh baru habis memerah keringat menoreh 500 hingga 1000 batang pokok.tidak ada yang mampu dilakukan selain menyerah nasib kepada yang maha esa.kerana rezeki di tanganNya.penat lelah mereka tiada hasil walau setitis getah pun.selain itu,musim kemarau berpanjagna juga menghalang penoreh untuk menoreh.kerana pada ketika itu pokok kekurangan getah.

terserempak ular,babi,harimau akar,gajah liar adalah sesuatu perkara biasa satu ketika dahulu.penoreh getah ibarat menyabung nyawa.turun menoreh seawal 6 pagi setelah berjemaah subuh di masjid.arwah tok ayah kebanggaanku.dia berjaya melahirkan seorang juruukur,seorang jurutera,2 orang guru,seorang graduat IT,seorang pegawai bank dan seorang lagi anaknya berkorban berhenti sekolah demi adik adiknya meneruskan pelajaran.itu adalah berkat setiap mangkuk getah yang bernilai kurang 10sen.

untuk pengalaman aku,agak berbeza.berkecimpung dalam bidang getah bermula selepas SPM.ketika itu,harga getah dunia melambung tinggi.RM5 untuk setiap kilogram.sekali kutip,dalam 500kg,aku akan dapat rm2500..hehe..tapi tidak semudah itu,kerana aku hanya bertugas mencuka getah dan mengutip.kerja menoreh hanya pak cik aku yang buat.
sekali kuitp aku dibayar rm15 dan mencuka rm10.buat yang tidak tahu,asid formik atau cuka getah digunakan untuk membekukan getah supaya tidak rosak dek hujan.asid formik juga kerap kali disimbah ke muka suami yang gatal nak kawen dua.

meresap jauh ke dalam kebun getah kadangkala membuatkan aku takut.bunyi cengkerik dan kadangkala seperti sesuatu merayap.diselang seli dengan bunyi bunyi yang menyeramkan.pernah aku tergelincir.tersepak tunggul dan macam2 lagi.tetapi tidak seperti abah,aku menggunakan kereta sorong atau wheel barrow.namun,bentuk muka bumi kebun yang beralun dan berbukit amat menyulitkan keadaan.pada satu ketika,pernah kereta sorong itu terbalik dan menumpahkan semua getah buku.dan aku kutip tanpa satu pun tinggal.kerana pada era aku,sebuku getah bernilai rm2.5 aku anggarkan.hehe..pak cik kayooo...

namun apa yang berlaku di rumah bujang aku ketika ini...


ni kat sudut jamban.dalam sebulan lebih kot.kotor sikit jamban,bese aa,umah bujang..asal bleh mandi sude..kah3..


ni kat bawah meja membe aku..dah berbulan kot..siap berhabuk..


10 sen ni ntah sejak bile ade kat tepi dinding ruang tamu umah sbelah



10sen ni aku rase dah lame kat longkang blakang umah




aku bukan mls nak kutip,sebenanye aku dah lepas beli nasi ayam pon kalu kire sejak awal aku duduk kat rumah bujang ni..so 4 gambar kat ats ni,aku nak biar je,nak tgk smpai bile 10 sen ni akan ada..

akhir kata,tahniah tok ayah dan abah..kerana melahirkan anak yang amat menghargai nilai 10 sen..(walaupun ayat ni poyo n memuji diri sendiri,tapi aku tetap bahagia,kah3)

Sabtu, 4 April 2009

MANUSIA AKAN LUPA KETIDAKADILAN BILA KELEBIHAN BERPIHAK KEPADANAYA

salam blogging warga dunia maya..tajuk kali ni agak belit.aku sendiri pun tidak pasti sama ada tajuk kali ni "delivered" atau tidak.MANUSIA AKAN LUPA KETIDAKADILAN BILA KELEBIHAN BERPIHAK KEPADANAYA.

sama ada ini adalah tabiat orang melayu atau semua aku sendiri tidak pasti.yang pasti, keadaan seperti ini banyak dimanipulasi oleh pihak2 yang bijak menghidu peluang menutup kesilapan. harus diingat, ini adalah pengalaman hidup dan pandangan berdsasarkan pengalaman yang aku lalui.

Situasi adalah mudah. Aku cukup membenci seorang pensyarah yang pada dasarnya agak serabut dan kurang cekap dalam mengajar. Bukan aku seorang yang terperangkap dalam situasi ini, bahkan rakan-rakan seangkatan juga turut merasakan demikian. Kebimbangan adalah berasas kerana masing-masing takut fail subjek tersebut. Namun, keadaan berubah sekelip mata. Si guru yang selama ini dikutuk dari belakang menjadi pujian ramai dan menjadai pensyarah pilihan. Atau dengan erti kata lain, menduduki ranking teratas dalam senarai pensyarah terbaik pilihan pelajar.

Situasi bertukar dengan sekelip mata kerana ketika menduduki ujian, kami dibenarkan membuka buku. Atau namanya “open book test”. Maka tiada lagi suara sumbang kedengaran. Pujian berbunyi “kah3, sempoi lah lecturer tu” sentiasa didengari. Aku sudah tentu orang yang paling bahagia ketika mendengar malam tu “open book test”. Bersorak keriangan. Kerana tidak stadi langsung dek sibuk dengan subjek lain yang lebih berat.

Namun apabila pulang dan melakukan hobi sejak azali iaitu berfikir, aku dapati bahawa MANUSIA AKAN LUPA KETIDAKADILAN BILA KELEBIHAN BERPIHAK KEPADANAYA.

Situasi lain antaranya, kita amat membenci pemimpin yang zalim, tetapi apabila kita mendapat faedah daripada pemimpin tersebut, kita akan melupakan kezaliman lampau walaupun dia tetap berpotensi mengulangi kesilapan silam.

Dalam persaingan tidak kira sukan, politik, perniagaan, pelajaran, kita mudah benar melenting andai ada kelibihan berpihak kepada orang lain sekiranya kelebihan itu satu ketidak adilan. Namun kita akan senyap dan mahu terus berada di zon yang selesa andai kata kelebihan itu milik kita.

Berbalik kepada situasi “open book test”. Kesan buruk sememangnya tidak ingin dan tidak ternampak oleh mata kasar aku. Tetapi ia sangat besar dan merosakkan. Kesannya aku akan tetap bodoh subjek tu. Lecturer tu pula akan tetap mengajar seperti itu. Gaji yang beliau terima tidak berkat, kerana tanggungjawabnya tidak terlunas.

Namun, apa yang utama ingin aku utarakan adalah barah penyakit ini jika disamakan dengan situsi yang lebih besar, akan membentuk manusia yang rasuah. Kerana baginya, dia untung, pegi mampos laa dgn org lain…yang penting aku dapat aku mahu.

Survey!