klik!2

Ahad, 29 Mac 2009

EARTH HOUR..BERFIKIR DARI SUDUT BERBEZA

Sengaja aku menunggu selepas detik 930 mlm untuk memasukkan entry ni.Kerana ingin aku melihat sejauh mana "feedback" kempen ni. Aku macam biasa,berfkir simple tapi jauh. Jauh kerana hidup di alam siber, dimana kita boleh menerjah beribu-ribu web untuk mencari ilmu. Banyak kutukan bernas dan tak bernas terhadap ke"efficient"an tutup lampu sejam ni.

Yang bernas adalah pandangan yang dikeluarkan dengan berlapik, contohnya lebih baik tutup "ekon", atau membahayakan kerana kemungkinan diserang terrorist. Ya, aku setuju. Kerana ia akan menjimatkan beratus-ratus kali ganda tenaga serta mudarat yang bukan kecil andai dirompak dan sebagainya. Tapi "main point" disini adalah ini kempen. Kempen yang menjurus manusia untuk mengambil berat alam sekitar. Kita memikirkan kesannya dari segi kesedaran. Sememangnya banyak cara lain, tetapi bagi aku ini adalah cara yang baik. Kesan kempen ini adalah di "HATI DAN MINDA" bukan mengurangkan kos letrik.

Bagaimana ingin membawa seluruh dunia bersatu? kita dipisahkan tembok bahasa. Bagaimana ingin memberi kesedaran kepada setiap insan?jika kita keluarkan risalah,berapa orangkah yang membaca? Andai kita ingin menerangkan satu per satu kecacatan bumi akibat tangan manusia, bagaimana mungkin setiap orang akan mendengar?

Jalan paling senang, tutup lampu..selesai..satu jam sahaja..1429 buah bandar dari 80 buah negara melakukannya..andainya dapat dikurangkan 0.000000000000001 darjah celcius suhu bumu sekalipon adalah amat berharga untuk cucu cicit kita. Kerana pada penghujung abad ke21, kenaikan paras laut adalah 6 meter!!!can u imagine??? kenaikan setiap darjah celcius suhu akan secara langsungnya mencairkan ais di kutub. Kamu semua tahu, itu adalah "common sense".

Andai anda memikirkan lampu2 di bandaraya adalah kecil,anda silap. Bil letrik di UMP mencecah haraga "3 biji perodua kancil" sebulan. Apatah lagi KLCC,Burj Dubai,dan seluruh kota Singapura. Mentol sebesar sebiji peti ais pun ada. Dan semangnya tak terkesan langsung lampu kalimantang dirumah saudara saudari andai ditutup. Tetapi jika 80 buah negara melakukannya?? takkan rakyat malaysia jer nak kondem bende ni?? x sivik laa..aku pon rock jugak, tapi bende macam ni aku bfikir.

Apa yang anda perlu buat waktu bergelap??mereka yang menyempitkan mminda memang tak dapat buat apa-apa. Kerana mereka tidak tahu ini kempen tutup lampu sahaja. Bagi mereka ini adalah kempen bergelap dimana setiap yang bercahaya wajib ditutup. Komputer, telefon, psp, lighter, dapur gas, baju bling2 pon macam AC Mizal pon, lampu motor, lampu jalan, pendek kata semua..Kempen ini adalah begitu fleksibel. Pihak penganjur menyatakan tutuplah lampu2 yang tidak perlu, seboleh-bolehnya mana2 peralatan elektrik yang boleh dipadam, padam ketika itu. Bukannya tutup semua. Sebab itulah pihak TNB tidak tutup main switch.

Berbalik kepada persoalan tadi, apa perlu dibuat? waktu inilah kita patut mengenang kesengsaraan alam. Para ibu bapa boleh menerangkan kepada anak kenapa kempen ini dijalankan. Di universiti, topik kesengsaraan bumi boleh menjadai bualan. Fakta-fakta yang menarik cukuyp banyak. Cuma perlu klik dan baca. Bagaimana mungkin berbicara andai ilmunya separas buku lali baby?? Kerana inilah kempen ini diadakan. Untuk kesedaran. Semua ambil tahu. Kerana kegelapan bukanlah sia-sia. Walau satu jam cuma, pastikan kesan di hati itu tinggi.

Contoh binatang yang amat sengsara kerana pencemaran cahaya adalah penyu. Difikirnya lampu itu adalah bulan, jadi bila2 masa sahaja penyu2 itu bertelur. (sifat penyu bertelur ketika bulan mengambang) Ini menyebabkan pembiakan penyu terancam. Telur2 dan anak2 penyu ternampak oleh musuh2 keranan terang dan tidak sempat sampai ke air. Menarik kan fakta ini?? jutaan fakta menarik lagi anda akan dapati jika anda mencari.

Andai statistik TNB dikeluarkan esok menunjukkan penggunaan elektrik bertambah, tidak rugi kita semua. Kerana kesan kempen ini adalah "DI HATI".

Isu besarnya adalah pemanasan global. Ramai tidak tahu. Keranan fikirnya adalah tutup lampu untuk "JIMAT LETRIK".

3 ulasan:

Kipas berkata...

yup!! tutup lampu hanye simbolik jek..
yg penting kesedaran org ramai tentang pemanasan global... nice post bro...

amer @ ijjad berkata...

kipas, thanxx..
satu satunya manusia yang berfikir sealiran aku..haha..
the next day tu, memang TNB rugi laa..
kalo x silap paper pagi tu lapor 550MegaWatt turun statistik.bersamaan 14juta mentol kalimantang..
yeahhhhhh!!!!!

P.J.A..A.M.I.R berkata...

aku mmg sokong earth hour ni 100%.. aku budak envi.. aku fhm cmne sshnye nak ajak org awam support kempen utk alam sekitar ni.. jgn kate org awam.. dengan organisasi pun kurg dpt perhatian.. td aku bc paper, tnb rugi.. but, cube pikir kerugian y kite tanggung seumur idup kite & mase depan cucu cicit kite atas kelalaian jage alam sekitar?
even m'sia ni negara membangun, tp kesedaran kite terhadap alam sekitar masih blom boleh dibanggakan.. sooo.. sad...

Survey!