klik!2

Selasa, 24 Mac 2009

AYUH LAWATI LAMAN WEB DR MAZA

Salam penuh kemesraan buat semua.

Anda tentu kenal dengan seorang mufti terkemuka tanah air. Terkenalnya beliau bukan dek pengaruh politik atau isu panas yang dibangkitkan. Tetapi kerana kelantangan dan pandangan beliau dalam segenap permasalahan agama yang timbul berlandaskan nas-nas sebagai panduan.

Bermula dengan pandangan beliau mengenai "mengintai dalam kes khalwat", yang pada ketika itu turut membuatkan JAKIM tidak senang duduk. Kini pelbagai permasalahan dirungkai beliau termasuklah bab "pengantin lelaki dibuli ketika ijab kabul". Membawa mesej yang cukup jelas, beliau bercita-cita tinggi unutk mengubah minda umat Islam keseluruhanna.

Saya tidak pernah bertemu dengannya, tetapi amat tertarik dengan tulisan-tulisannya. Berusia 36 tahun, berasal dari Bukit Mertajam, P Pinang merupakan bekas mufti Perlis dan kini melanjutkan pelajaran di UK. Nama sebenar beliau ialah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan lebih dikenali dengan panggilan DR MAZA.

Dalam webnya, http://www.drmaza.com/ beliau mengulas tentang akidah, ibadat, dakwah, isu semasa, malahan politik dan ketamadunan. Kita juga boleh menghayati karya-karya beliau serta bertanyakan soalan melalui talian internet.

Apa yang baik kita sebarkan. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang mendapat redhaNya.

Tiada ulasan:

Survey!