klik!2

Ahad, 22 Februari 2009

BUANG JANJI "LEPAS MAGHRIB,LEPAS ZOHOR DAN SEANGKATANNYA"..TEPATILAH MASA

janji melayu..istilah yang amat terkenal..mengapa dilabelkan janji melayu, sukar untuk dikenalpasti..tapi,apa yang pertama muncul di fikiran,kerana orang melayu memang si pemungkir janji..janji pukul 8, 830 adalah yang terawal.penyakit yang kian parah dalam masyarakat.

apa sebenarnya berlaku, masyarakat nyata sekali tidak terdidik sejak kecil lagi bahawa kepentingan menepati janji.janji yang ditabur, dipegang oleh orang, dan menjadi tanggungjawab sepenuhnya untuk ditepati. SETUJUKAH ANDA ANDAI AKU MELABEL ORANG YANG TIDAK MENEPATI MASA SEBAGAI MUNAFIK??? janji jam 7, tetapi tiba pukul 7 5minit.durjana sungguh..merugikan..masa terbuang..dan agak memalukan.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Sempurnakan janji-janjimu.” (Surah al-Maidah, ayat 1)
dari ayant di atas,nyata dan jelas, janji adalah wajib dtepati.menjadi dosa andainya ditinggalkan.harus diingat,dosa2 kecil jika dihimpunkan akan menjadi berat seumpama dosa besar.

seorang imam dipanggil untuk menerajui bacaan tahlil, waktu perjanjian adalah sesudah solat isyak.maka setelah solat isyak, imam tersebut mengumumkan kepada makmum bahawa si polan menjemput ke majlis tersebut.maka jayalah majlis tersebut. memang bagus, tetapi jika setiap orang ke masjid. jika si tuan rumah menjemput jiran tetangga dan sahabat2, andainya dikatakan lepas isyak,sebelum subuh pun masih dikira selepas isyak. maka berderetlah orang melayu yang hadir ke kenduri itu walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.nampak tidak cantik.dan nyata tidak berdisiplin.

budaya inilah yang kian menanah dan membusuk di dalam perut2 melayu..sehingga terbawa2 di dalm kehidupan seharian seperti hadir ke tempat kerja, ke sekolah, dan berjanji untuk makan bersama rakan.tidak pandai menghargai masa. hanya tahu memburu emas,tetapi tidak sesekali memburu masa yang diumpakan emas.hakikatnya, masa itu lebih jauh bernilai berbanding emas.

dari kegagalan pengurusan masa inilah yang menghasilkan melayu tidak berdaya maju.gagal menempatkan diri dalam persaingan sihat.namun begitu,agama tetap dipegang.kerana bagi mereka agama itu adalah aurat dan solat semata mata.asalkan tidak makan babi dan minum arak, berimanlah seseorang.kolot minda melayu harus dikikis.cantikkan akhlak, kerana melayu yang islam itu nyata ramai yang buruk akhlaknya.

ayuh bangun, ubah sikap, tukar cara. mari menepati masa.janji lah dengan waktu yang tepat.gunakanlah waktu jam.dan beradalah di tmpat yang dijanjikan 10 minit awal daripada waktu asal.inilah baru iman yang sebenarnya. usah bermain dengan masa,kerana masa itu boleh bertukar sperti mata pedang dan menghiris sesiapa yang lalai dengannya.jangan kerana waktu,anda mati dengan iman x sempurna.

bukan membebel kerana marah,tetapi kerana aku melayu..dulu aku lalai,kini aku bertekad..

4 ulasan:

-MiNt- berkata...

ayuh berubah jadi rakyat mlaysia yg baru.Yeah!

Saimal berkata...

aku dah lama blaja jd on time =)

amer @ ijjad berkata...

yeahhh..
lantqak ape orang nak kate,buat apa yang kita fikir elok tanpa segan silu..u can mint..hhuuu..

keep up yr effort saie..bgus2..camni aa kte nak..

Saimal berkata...

tp tu dlu la,,skang da jd agk lmbt..ekeke

Survey!