klik!2

Rabu, 25 Februari 2009

"BLOGGING" MEMBUAT AKU SENTIASA BERWASPADA, SEMAKIN MATANG

Hari ini genap 3 bulan aku masuk ke dunia "blog". Masih belum matang. Isu yang diketengahkan masih belum mencapai sasaran bilangan pelawat. Kecetekan pengetahuan juga menjadi penghalang utama untuk aku terus mengemukaakn pandangan yang cukup bernas. Corak penulisan masih tidak membanggakan.

Namun, kesan blog kepada diri aku cukup mendalam. Antaranya ialah tulisan yang bertajuk "Say Goodbye to KFC, McD, Pizza Hut". Aku nyata amat kecewa apabila makan di KFC, membeli barang yahudi serperti Colgate, biskut keluaran Kraft, makanan Nestle dan lain-lain. Sedaya uapaya cuba mengelak, namun terkadang tewas juga akibat keadaan dan sikap diri sendiri. Sekurang-kurangnya, aku telah memboikot 40%-50% daripada penggunaan sebelum ini.

Tulisan aku bertajuk "Topi Keledar VS Serban" juga nyata memberi impak yang kuat. Menceritakan tentang kemalasan bangsa Melayu, karya itu membuatkan aku cukup rasa bersalah apabila hanya mengenakan "safety helmet" apabila menunggang motosikal. Apa akan diperkatakan oleh para pembaca andai aku ditakdirkan kemalangan ketika itu?? Sudah tentu umpama ayam jantan. Berkokok berderai-derai, tapi ekor bergelumang tahi.

Paling memberi impak ialah tulisan terbaru aku bertajuk "Buang Janji Lepas Zohor,Maghrib dan Seangkatannya". Kesannya amat positif dalam kehidupan aku kini. Walaupun kadangkala terlewat, namun selebihnya aku datang awal ke kelas, awal ketika berjumpa rakan dan pensyarah dan bingkas bangun ketika terdengar "alarm" pagi. Hari-hari aku lebih bermotivasi.

Tujuan aku terjun ke dunia blog ini adalah untuk mengemukakan pendapat, berkongsi ilmu, menyebarkan risalah agama, juga ingin berkongsi pengalaman yang berharga di mana tidak setiap orang rasakan. Andai tulisan-tulisan aku belum mencapai tahap "standard", aku akui. Yang nyata, setelah merasai kesan positif "blog", aku ingin serius dalam menulis. Aku melihat ini adalah cara termudah untuk terbabit dalam masyrakat. Oleh itu, aku ingin menyertai mana-mana bengkel penulisan jika ada dianjurkan di kawasan berdekatan.

Ribuan terima kasih kepada pelawat-pelawat, pengkritik, juga "blogger" lain yang me"link"kan aku dalam blog mereka. Komen-komen anda nyata memberi semangat untuk aku terus menulis. Ini adalah pandangan aku, selagi tidak tersasar daripada norma masyarakat, dan tidak menyimpang daripada ajaran Islam yang aku junjung, aku akan terus mengemukakan pandangan. Semoga aku dapat terus memperbaiki akhlak, dan memperbaiki hubungan dengan Allah SWt, "BLOGGING TIDAK SIA-SIA"

Tiada ulasan:

Survey!