klik!2

Jumaat, 9 Januari 2009

TUNJUK PERASAAN & BOIKOT...DIPANDANG SEPI





Tahniah barisan MPP UMP!!kejayaan mengumpulkan ribuan mahasiswa di perkarangan masjid UMP pada tengah hari 9 November 2009 dilihat pelbagai pihak dengan penuh kekaguman. Kekangan AUKU sejak 1971 nyata mengekang kebebasan mahasiswa selama ini yang rata-ratanya pada perhimpunan tengah hari tadi agak asing dalam menyertai majlis yang boleh disifatkan sebagai, demonstrasi atau tunjuk perasaan. Walau apapun label yang diberikan, Perhimpunan Air Mata Palestin tetap berjalan secara aman tanpa pengaruh-pengaruh negatif dan nyata sekali memberi impak positif merencana pemikiran mahasiswa yang ketinggalan terhadap isu-isu sejagat.

Apa yang ingin diutarakan pada kali ini, adalah sambutan sepi segelintir kita yang memandang enteng usaha-usaha kecil kita dalam membantu magsa peperangan di Palestin. Sememangnya remaja Malaysia "naik lemak". Sejak dilahirkan sudah mengenal erti bahagia. Dijentik tidak pernah,dipukul apatah lagi. Berbanding kanak-kanak di Palestin yang siang malam dihujani bom-bom Israel Laknatullah, kita hampir tidak mengerti bahawa peperangan itu penuh duka, sayu, pedih, perit... Ungkapan seperti :

1. "bodo tol la diorang ni,pegi buat pehimpunan gini buat ape, buang mase je"
2. "macam la Palestin tu boleh aman dengan doa solat hajat tiap2 malam"
3 "diorang ni saje je nak tonjolkan diri,nak tunjuk iman diorang kuat,tu yang buat pehimpunan laung2 tepekik pekik tu"
4. "bekumpul la banyak mane pon, takkan menang Palestin berperang"

nyata melambangkan kecetekan minda mahasiswa. Kita boleh lihat, majlis tngah hari tadi nyata dengan berani mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan hak asasi manusia. Sememangnya tiada "direct effect" kerana doa kita bukanlah doa para nabi yang sudah pasti dimakbulkan Allah.

Namun, sekurang-kurangnya kesedaran di kalangan mahasiswa dpat dipupuk. Jika majlis seumpama ini dilakukan oleh kesemua NGO,jabatan kerajaan, sekolah2 di seluruh negara sudah tentu dunia akan melihat. Kedutaan negara-negara arab di Malaysia tentunya melihat semangat ini yang akan membangkitkan kesedaran seperti yang berlaku di kedutaan Mesir siang tadi.

Bukanlah niat ingin mengulas isu dunia, kerana kefahaman saya dalam pergolakan ini tidaklah luas. Tetapi entry kali ini ada kaitannya dengan entry sebelum ini yang membicarakan tentang boikot. Kesedaran kita dalam memboikot barangan yahudi dan Amerika ini masih rendah. Kempen ini dipandang sepi. Walaupun kita telah tangisi penderitaan mereka, mendoakan mereka, menderma untuk mereka, namun kekejaman akan terus berlaku. Baru-baru ini,setelah pihak Hamas berjaya memberi saingan kepada tentera yahudi, Amerika dengan segera menyuntik dana berbilion dolar bagi memastikan penghapusan rakyat Palestine secara total. Dana besar tersebut sememangnya adalah sumbangan dari kita sendiri yang terus tanpa sedar menggunakan produk-produk mereka.

Buanglah nada sinis meminggirkan kempen ini. Kata-kata dari minda jumud yang amat memalukan seperti :

1. "alaa,setakat seringgit ape sangatlaa efeknye"
2. "kalau boikot mati keringlaa, semua barangan keperluan"
3. "tak de lah,ngarut je diorang ni,ntah ape2 boikot2"
4. "kalau kite tak beli pun,cina ngan india beli jugak, same je"

nyata mencerminkan mahasiswa kita hanya tahu belajar. Sedih memikirkan mereka yang tidak mahu membuka sedikit ruang minda untuk menerima kenyataan.

Disini,biar saya cuba jelaskan kesan boikot terhadap mereka. Boikot terancang dan secara khusus bakal memberikan impak yang gempak kepada syarikat terbabit. Di selatan Thailand, mereka tidak minum coca-cola,ini fakta. Dan jika kita dengan nekad memboikot coca-cola, pihak media memainkan peranan yang luas dengan akhbar,stesen televisyen,laman2 web, stesen-stesen radio semuanya dengan satu hati memboikot produk coca-cola, maka para pengguna akan berasa malu untuk membeli. Jika kita dapat mempengaruhi 30% jualan pun sudah memadai kerana sudah tentu masih ada yang membeli. Namun, harus diingat disini bahawa apabila jualan menurun, penjual2 kemungkinan besar tidak berani memasarkan produk coca-cola. Maka, pasar2 besar,kedai runcit, stesen minyak,rangkaian 7eleven, kedai mamak dan lain2 tidak akan mengambil coca-cola dari pemborong atau pembekal. Keadaan ini akan mencetuskan lambakan coca-cola di kilang dan pengeluaran dihentikan. Tidak mustahil syrikat mereka bankrapo. kesian???kesian mereka kerana pekerja coca-cola malaysia hilang pendapatan dan tauke menanggung kerugian??? mereka bernasib baik keran tak mampos macam orang palestin.kalau mampos pon kompem ade kubur,kire ok la tu. Adat memboikot la,mestila ade yang rugi..

sebelum gejolak ati yang bengang ngan keangkuhan yahudi ni meledak,baik aku berhenti menulis...kalau tak,mungkin banyak bahas kesat yang terkeluar..sekian......

Tiada ulasan:

Survey!