klik!2

Sabtu, 24 Januari 2009

TOPI KELEDAR VS SERBAN-BERFIKIR CARA SAINTIFIK

salam blogging penuh kemesraan.semoga warga malaysia terus dilimpahi barakah.

kecoh baru2 ini kes seorang penuntut di Kelantan disaman polis atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.alasannya adalah kerana mengikut sunnah.didakwa di mahkamah,dibicarakan,didapati bersalah,diberi pilihan denda rm90 atau penjara 2 hari,pemuda lebai tersebut tegar memilih dipenjarakan 2hari.yang nyata dia kekal tidak akur dengan kesalahan tersebut.tindakannya memilih dipenjarakan seolah2 dia benar2 yakin bahawa memakai serban ketika menunggang adalah lebih afdal berbanding topi keledar keselamatan.dan yang nyata, tindakan itu dilihat memprotes undang2 sedia ada yang digubal bagi memastikan keselamatan pengguna motosikal.yang menyedihkan, di luar mahkamah ramai rakan2 menyokongnya dengan laungan takbir.

banyak pandangan2 dan cakap2 kosong yang dah aku dengar. di ruang intenet ni, yang dok sibuk sokong serban macam2 lah hujahnya.antaranya, singh boleh knapa kita tak boleh sedangkan singh tu bukan wajib pon.ramai singh x pakai serban.tapi ini sunnah bagi kita.ini adalah sunnah besar yang dituntut.pelbagai lagi hujah yang nyata menolak mentah2 soal keselamatan.yang nyata mereka yang menulis dan becakap bukanlah dari golongan yang alim dalam agama.alim bererti berilmu dalam sesuatu biadang dgn mendalam.dgn erti kata lain, bukanlah mufti, ustaz atau ustazah.

bagi golongan pakcik2 kedai kopi pula, dengan ringkas dan selambanya berkata, "pakai topi keledar banyak2 pun kalau nak mati, mati jugak".inilah melayu.bangsa yang pejuang2nya sudah ramai berputus asa.diseru ke arah kemajuan akal,bangsa inilah yang membaling tahi kepada pejuangnya kerana nyata selesa mendiami tempurung dan hidup di zon yang cukup selesa.apabila kemajuan akalnya tercicir dari bangsa lain,mereka melihat kemajuan ekonomi dan politik orang lain itu sebagai ancaman bg mereka.bukan mahu bangkit melawan akal,tetapi ingin pula bergaduh menggunakan buku lima.perasan hebat dan kuat x bertempat.dasar melayu!!

benar,mati itu pasti..tapi janganlah mati bersepai sepai otak di jalanan.dah susah nak uruskan jenazah. kalau diikutkan hati,hujah tidak matang seperti inilah yang ingin dilemparkan kembali kepada mereka yang tidak mahu langsung menerima pandangan orang lain. masalah besar juga timbul apabila minda kolot mereka ini menyatakan, "kalau dah pakai serban tentulah dapat rahmat Allah,jadi tak mungkin accident". nah!!maka peninglah kepala mereka yang berkenaan.nak lantak takut ramai lagi mati.nak larang kena tempelak pulak.

benda yang ringkas.tidak rumit,tetapi dirumitkan oleh mereka yang tidak mahu akur dengan kebenaran.seperti iklan televisyen yang ditayangkan seketika dahulu, sebiji buah tembikai dipakaikan topi keledar dengan diikat keams dan satu lagi dipakaikan tanpa mengikat.kali ini apa kata kita ikatkan serban kepada yang satu lagi,lepas tu kita lancarkan dan biar tercampak.tentulah anda boleh bayangkan impaknya.dengan kelajuan 80km/j, tak mungkin boleh serban selamatkan kepala otak kita.rasanya,kalau kepala berserban tu ditumbuk dengan buku lima aku pun memang lumat aku kena belasah balik.inikan pula terhempas di jalan raya. tapi kalau engkau orang pakai topi keledar, sampai mati pun aku x tumbuk kepala engkau orang.

MALAS!MELAYU PEMALAS!inilah ungkapan paling tepat..malas nak setting serban banyak kali..nak naik moto kena bukak serban,sampai masjid karang kena cari cermin lagi.adui...malasnyeee..sebenarnya kadang2,sanggup tahan kentut sebab malas nak ambil wudhuk semula..melayu memang begitu..kerana apa aku berani berkata begitu???kerana waktu sekolah dahulu, aku pun naik moto pakai serban bila gi mesjid.memang aku sendiri yang alami.itu aku!!

Tiada ulasan:

Survey!