klik!2

Isnin, 5 Januari 2009

LEBUH RAYA..MOTO..AKU...pengalaman berharga..



Sehingga kini,sudah masuk 4 semester aku menuntut di Universiti Malaysia Pahang,UMP. Lokasi universiti yang kira-kira 75 kilometer dari rumah menjadikan motorsikal adalah kenderaan paling praktikal bagi aku di sini. Dengan kekerapan "everyweek" balik rumah dan kos pergi dan pulang hanya RM12 untuk petrol, lebuhraya pantai timur,LPT dah sebati dalam jiwaku. Dengan kualiti lebuhraya sememangnya amat terok,aku sebagai bakal jurutera awam nyata sedih dengan mutu kerja kontraktor yang terlibat. Mungkinkah kerana rasuah?? Mungkin juga kerana cuaca. Yang pasti, apabila tiba musim banjir, HIWAY PON TENGGELAM!!

Hari ini, aku nak kongsikan pengalaman aku selama 4 semester di hiway. Biar tertulis di blog ni, daripada lupus ditelan nyanyukku nanti. Pertama, waktu di semester pertama aku pernah balik ke temerloh dengan sebelah kaki berdenyut akibat gout. Seksanya selama 1jam15minit perjalanan hanya tuhan yang tahu. Mujurlah ada sahabatku Afnan yang sudi hidupkan enjin moto dan letakkan betul2 di bawah blok asrama. Ketika aku turun tangga dari tingkat 3 asrama, sakit kaki tu memang dahsyat, aku berani cakap sakitnya macam kau ambil pisau,lepas tu hiris2 dalam sendi..fuhh..dah berjaya turun,aku terus balik. non stop. kalau berhenti dan enjin mati,memang sengsara aku nak hidupkan enjin(pakai kick star,starter xde).Alhamdulillah,selamat..Thanx Afnan..

Kedua, aku pernah tersungkur di Shell Temerloh. Terlanggar tompokan minyak dan terus tergelincir. Malu jugk laa..Semua tengok..tp Alhamdulillah,x ada cedera terok walaupun bahagian lutut aku rasa sengal2. Waktu tu aku pakai seluar jeans,jaket, glove kulit baru,dan yang pasti helmet. Nak mujur, maybe haritu aku rase nak bergaya. kalau x,hari laen aku bantai slipar getah n sluar trek jer..

Ketiga, aku kehilangan "sunglass". Aduh, sunglass tu walaupun x mahal tapi jasa dia tinggi. Jika cahaya terlalu terang,aku mudah alami pening kepala kerana mata aku x tahan silau. Aku letakkan dalam poket jaket, then on the road tu aku tgk dah x ada..very sad...

Keempat, dipotong sport car.. sadissnyeee...motor aku kalau lenjan berhabis pun takat 110km/j jer..yang aku terpegun tu, waktu sport car tu lintas,hanya angin dan bunyi je yang aku dapat rase..dalam 1 ke 2 saat, terus lenyap kerana terlampau laju..bila laa agaknya dapat merasa kereta tu..

kelima, kalau dipotong sport car aku terpegun, dipotong bas buat aku panas hati..nasib x mati..x kurang 3 4 kali..apabila dipotong bas, aku akan tertarik ke arah bas yang laju tu..betul kata Bernoulli,prinsip tekanan udara yang aku belajar waktu form 5..nasib baiklah aku penunnggang berpengalaman..tp next time kalau kena lagi,maybe aku pijak2 pemandu bas tuh..isk!!!

keenam, yang ni lagi menyakitkan hati. Dibuli oleh lori besar. mungkin die jeles tengok aku lintas die. Then die potong aku balik,lepas tu die pelahankan lori, aku potong balik.dia potomng smula..hampeh!!..lastly die masuk RnR..kurang ajar betol..inilah sikap pemandu malaysia..bangang..sepatutnya x mungkin dia boleh buat cam tu,sebab had laju hiway die 90km/j jer..

ketujuh, agak seram jugak pengalaman ni. aku bertolak dari rumah jam 6 petang menuju UMP. dalamn jam 6:45 gitu rantai pulak terputus di kilometer 178.5 lebuhraya temerloh-kuantan. panik..x tahu nak buat ape..dah gelap pulak tu..lastly aku call pakcik aku yang ade lori..tapi pukul 9malam baru die sampai. tinggal aku sorang kesejukan,keseraman kat situ dalam gelap..angkut moto atas lori then mak aku hantar kereta.

kelapan, tertidur sedetik ketika menunggang. ini waktu aku pulang ke rumah tengah hari. x silap aku, aku x sempat solat zohor pun. mungkin pukul 1 aku bertolak. dengan panas terik, lapar, aku terlena sedetik. tap[i sedetik itu lah yang membuatkan aku hampir2 terlanggar pagar jalan. Alhamdulillah umur masih panjang..

kesembilan, yang ni baru je hari khamis lepas. pantai timur banjir kembali. hujan x henti2. perjalanan biasa 1 jam 15 minit jadi 2jam..2 jam aku berhujan..sejuk sampai menggetap gigi..berhenti 3 klali..tapi sebab nak celebrate adik aku dapat 8a pmr,aku balik jugak.

Lastly, ini kenangan yang menyentap jiwa patriotik dan mencabar semangat islam aku..waktu aku berhenti di petrol pump, ada seorang polis kejar 3 buah motosikal budak2. dorg bhenti dekat tempat aku isi minyak. kesalahan budak2 tu xde lesen,side mirror x letak..cakap x lama, bla bla blaa..polis tu mintak duit..budak tu hulur sikit..simpan surat saman..sial x polis malaysia??nak banteras rasuah, bagaimana caranya???

Tiada ulasan:

Survey!